Wednesday, April 8, 2009

Staff Lama... Staff Baru.... T_T

Bermula pada 07hb April 2009, Adik aku tidak lagi akan berkerja dengan Skater CW... Dia akan pulang ke Kampung Halaman aku untuk menguruskan Perniagaan keluarga aku di sana.

Dan dia telah pun di ganti dengan pekerja baru.. Judin.. Dalam masa seminggu lepas, dia telah di ajar serba sedikit pasal menguruskan CC nie oleh adik aku dan Kamel.... Harap2 Skater CW tetap akan maju walaupun ade pertukaran perkerja...

** Kepada bebudak CC aku yg main WOW... Abg Jerung dah tak leh jumpa la kat CC lagi... Dalam Game jer aa kalau nak jumpa dia.. >.<

Saturday, February 14, 2009

CCTV & Susun Baru...

Update skit...



Akhirnya siap juga project aku untuk pasang CCTV kat kedai nie..... Setelah aku hilang Moto LC135 sebijik yg sempat pakai 6 bulan lebih... dan macam2 benda yg lain hilang.. Fav benda yg hilang Kasut & selipar... dan juga basikal.

Ade 6 bijik camera.. 3 x camera infra red & 3 x camera biasa. Dan Internet enable connection. kira boleh la aku pantau kedai aku nie walaupun aku tak pegi kesana... ^_^







Nie pulak susunan baru kat kedai... Harapan dlm beberape bulan akan datang penuh la semua almari tu dengan spare parts computer... Sekarang pun dah start buat service ke Office2 kat area paka nie... Minggu lepas dapat project install wireless networking kat office peguam. Kira ok aaa... Lama dah tak layan buat networking nie.. takut berkarat jer skill.. wahahaaa... Dengan ekonomi yg tak menentu nie.. Harap2 SkaterCW boleh terus MAJU.... ^_^ Gambate...!!!!

Friday, January 2, 2009

Skater CW Staff ID Badge.... !!




Dah masuk 1 tahun lebih semenjak Skater Computer World mula beroperasi.. Tak pernah ade ID kepada pekerja2 kat Skater CW nie... Jadi semperna tahun baru nie... inilah dia ID Badge baru untuk pekerja Skater CW.

* Gambar 1st tu saja nak iklan sikit, Figure2 & Gundam yang aku ade setakat nie..

Tuesday, December 30, 2008

SYARAT – SYARAT LESEN MENJUAL DAN MENYIMPAN KOMPUTER BAGI CYBERCAFE’, PUSAT MULTIMEDIA,, INTERNET, DAN PUSAT LATIHAN KOMPUTER.



1.Waktu Perniagaan Tidak Dibenarkan Melebihi Jam 10.00 Malam.
2.Pintu Cermin Hadapan Premis Hendaklah Menggunakan Cermin Yang Cerah Dan Boleh Dilihat Dari Luar Atau Dalam.
3.Hendaklah Mengadakan Tempat / Ruang Berasingan Bagi Pelanggan / Pengguna Lelaki & Perempuan.
4.Hadangan Atau Dinding Pemisah Antara Meja, Bilik Atau Lain – lain Bahagian Di Dalam Premis Hendaklah Jelas Dan Terang.
5.Kanak – Kanak Yang Berumur 12 Tahun Ke Bawah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI Berada / Memasuki / Menggunakan Perkhidmatan Di Premis Ini.
6.Pelesen Hendaklah Menyediakan Buku Rekod Dan Mendaftarkan Nama – nama Pengunjung Atau Pengguna , No. Kad Pengenalan, Alamat, Pekerjaan Dan Seumpamanya.
7.Tidak Dibenarkan Sama Sekali Mengadakan Tayangan Filem, Video / VCD Dan Lain – lain Permainan Atau Aktiviti Yang Berunsur Hiburan.
8.Pelesen Mestilah Memastikan Tiada Sebarang Permainan Judi, Pertaruhan, Atau Seumpamanya Berlaku Dalam Premis Yang Dilesenkan.
9.Pelesen Hendaklah Memastikan Pelanggan Atau Pengguna Tidak Membuka / Melayari Laman Lucah ( Pornografi ) Semasa Menggunakan Perkhidmatan Di Premis Ini.
10.Dilarang Menjual Makanan Atau Minuman Keras, Liquors, Samsu, Bir, Atau Minuman Yang Memabukkan Di Premis Ini. Sebarang Makanan Atau Minuman Ringan Atau Kafe’ Hendaklah Mendapat Kelulusan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun Terlebih Dahulu.
11.Menyediakan Notis DILARANG MEROKOK Dan Hendaklah Dipamerkan Di Dalam Premis Serta Memastikan Premis Tersebut Adalah Kawasan Larangan Merokok.
12.Pencahayaan Dan Pengudaraan Di Dalam Premis Hendaklah Dalam Keadaan Mencukupi Dan Memuaskan Hati Oleh Yang Dipertua.
13.Premis Hendaklah Sentiasa Di Jaga Dalam Keadaan Bersih, Kemas, Dan Teratur Pada Setiap Masa.
14.Aktiviti Perniagaan Yang Dijalankan Tidak Menimbulkan Sebarang Kacau Ganggu Kepada Orang Awam Dan Tidak Bercanggah Dengan Kelulusan Yang Dipertua.
15.Pelesen Hendaklah Sentiasa Mematuhi Syarat – syarat Atau Arahan Lain Yang Ditetapkan Dari Masa Ke Semasa.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Dungun.

Monday, September 15, 2008

Xtivity Di Bulan Puasa...!!!

Sedar tak sedar sudah 2 minggu lebih dah kita berpuasa..... Dan blog nie pun dah lama tak update... Ok... Skater CW masih ber operasi di bulan puasa nie.. tapi cuma waktu perniagaan di pendekkan sedikit...

Sabtu ~ Khamis: 10am ~ 6pm / 9pm~3am.
Jumaat: 3pm ~ 5pm / 9pm ~ 3am.

Dan pada minggu lepas kami ade kan majlis berbuka puasa bersama2 staff Skater CW di Resident Resort, Paka... 3 org ajer (Boq, Kamel & Ipan)... lagi 3 org (Mama, Aqeel & Ida) akan dibuat pada masa lain....







* Penuh meja makanan kitaorang ambik.... Alhamdulillah habis semua nya kita orang sapu.... Rezeki2....

Wednesday, August 6, 2008

Keadaan CC Ambe Selepas Tukar Meja Baru....

Tersusun aaa Sikit... Lepas nie baru ade ruang untuk tambah PC baru... (^_^)