Tuesday, December 30, 2008

SYARAT – SYARAT LESEN MENJUAL DAN MENYIMPAN KOMPUTER BAGI CYBERCAFE’, PUSAT MULTIMEDIA,, INTERNET, DAN PUSAT LATIHAN KOMPUTER.



1.Waktu Perniagaan Tidak Dibenarkan Melebihi Jam 10.00 Malam.
2.Pintu Cermin Hadapan Premis Hendaklah Menggunakan Cermin Yang Cerah Dan Boleh Dilihat Dari Luar Atau Dalam.
3.Hendaklah Mengadakan Tempat / Ruang Berasingan Bagi Pelanggan / Pengguna Lelaki & Perempuan.
4.Hadangan Atau Dinding Pemisah Antara Meja, Bilik Atau Lain – lain Bahagian Di Dalam Premis Hendaklah Jelas Dan Terang.
5.Kanak – Kanak Yang Berumur 12 Tahun Ke Bawah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI Berada / Memasuki / Menggunakan Perkhidmatan Di Premis Ini.
6.Pelesen Hendaklah Menyediakan Buku Rekod Dan Mendaftarkan Nama – nama Pengunjung Atau Pengguna , No. Kad Pengenalan, Alamat, Pekerjaan Dan Seumpamanya.
7.Tidak Dibenarkan Sama Sekali Mengadakan Tayangan Filem, Video / VCD Dan Lain – lain Permainan Atau Aktiviti Yang Berunsur Hiburan.
8.Pelesen Mestilah Memastikan Tiada Sebarang Permainan Judi, Pertaruhan, Atau Seumpamanya Berlaku Dalam Premis Yang Dilesenkan.
9.Pelesen Hendaklah Memastikan Pelanggan Atau Pengguna Tidak Membuka / Melayari Laman Lucah ( Pornografi ) Semasa Menggunakan Perkhidmatan Di Premis Ini.
10.Dilarang Menjual Makanan Atau Minuman Keras, Liquors, Samsu, Bir, Atau Minuman Yang Memabukkan Di Premis Ini. Sebarang Makanan Atau Minuman Ringan Atau Kafe’ Hendaklah Mendapat Kelulusan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun Terlebih Dahulu.
11.Menyediakan Notis DILARANG MEROKOK Dan Hendaklah Dipamerkan Di Dalam Premis Serta Memastikan Premis Tersebut Adalah Kawasan Larangan Merokok.
12.Pencahayaan Dan Pengudaraan Di Dalam Premis Hendaklah Dalam Keadaan Mencukupi Dan Memuaskan Hati Oleh Yang Dipertua.
13.Premis Hendaklah Sentiasa Di Jaga Dalam Keadaan Bersih, Kemas, Dan Teratur Pada Setiap Masa.
14.Aktiviti Perniagaan Yang Dijalankan Tidak Menimbulkan Sebarang Kacau Ganggu Kepada Orang Awam Dan Tidak Bercanggah Dengan Kelulusan Yang Dipertua.
15.Pelesen Hendaklah Sentiasa Mematuhi Syarat – syarat Atau Arahan Lain Yang Ditetapkan Dari Masa Ke Semasa.

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Dungun.